Mengembalikan iPhone anda  ke tetapan kilang asalnya adalah cara untuk membaiki sebarang kerosakan yang anda lakukan ke telefon dengan memuat turun perisian tidak sah. Ia tidak dijamin untuk menyelesaikan masalah anda, tetapi ia adalah pertaruhan terbaik anda.

Anda mempunyai beberapa pilihan untuk memulihkan atau menetapkan semula iPhone anda ke tetapan kilangnya. Inilah cara untuk melakukannya. Ok sebelum tu, silalah backup segala dokumen atau whatsapp history atau images atau file yang penting bagi anda sebelum kita reset iphone kita.

Bahan bahan yang diperlukan

  1. Itunes yang updated version. Semasa post ini ditulis versi terkini itunes adalah versi 12.10.3.1 Bagi yang belum ada itunes boleh download disini https://www.apple.com/itunes/
  2. Firmware file bagi iphone anda yang boleh didownload di ipsw.me Pilih model telefon anda dan download firmware yang di signed. Yang hijau tu ok, yg merah tu dah dah di revoke oleh apple. Jangan salah pilih model iphone anda, jahanam iphone.
  3. Tutup fungsi find my iphone.

Ok dah siap keperluan keperluan di atas? Ikut saja steps yang aku senaraikan lepas ni.

  1. Cucuk kabel dan sambungkan iphone anda ke komputer. Kalau keluar command trust this computer, allow je dengan masukkan password iphone anda.
  2. Buka itunes. Selalunya itunes akan terbuka secara automatik sekiranya komputer anda mengesan ada sambungan dengan iphone.
  3. Klik pada ikon iphone. Rujuk gambar. Yang dalam bulatan merah.
  4. Dibahagian atas ada 2 pilihan iaitu check for update dan restore iphone.
  5. Hold button shift dan klik pada restore iphone. Pilih file firmware yang telah di signed yang anda telah download terdahulu.
  6. Klik open dan biarkan itunes restores iphone anda. Bersabar dan jangan ganggu atau cabut kabel semasa proses ini.
  7. Iphone akan reboot dan anda boleh setup semula iphone anda.
See also
Cara Cancel Insurans RHB
Terlepas beberapa topik menarik? Aktifkan notifikasi sekarang. Benarkan Tidak berminat