Share

Cara upload multi gambar dan video ke Instagram dari PC

  • July 10, 2019

Hi Assalamualaikum bertemu lagi. Dalam post sebelum ni ada aku tunjukkan cara untuk upload gambar ke instagram dari PC. Dalam cara tu ada kekurangan iaitu tak boleh upload multiple gambar ke instagram. Terhad hanya kepada 1 gambar sahaja dan tak boleh upoad video. Dan seperti dijanjikan, kali ni aku tunjukkan cara untuk upload multi gambar atau video ke instagram dari PC.

Kriteria minimum untuk keberkesanan cara ini adalah:

  1. PC/laptop dengan windows 10. Mac minta maaf lah sebab aku tak guna Mac.
  2. Gambar/video yang ingin anda upload diletakkan di folder pictures. This PC > Pictures

Untuk cara ni kita kena guna 3rd party program. Begini..

  1. Dalam windows search bar taip Microsoft Store. Ha klik open store tu.
  2. Dalam Microsoft store, taiplah instagram. Klik instagram kotak yang fist tu dan install.
  3. Dah siap download dan install kan? Ada 3 titik sebelah launch tu. Klik pin to start.
  4. Ok settle. Klik pada button windows dan pada live tile ada icon instagram. Login macam biasa. Dah settle login close instagram. Ok pergi ke button window kembali dan pada live tile instagram klik kanan, pilih new post
  5. Haa dah keluar gambar. Untuk pilih gambar anda yang anda dah standby dalam folder pictures, klik dekat bahagian atas tu sebelah camera folder ada anak panah. Klik tu.
  6. Dengan cara ni dah boleh upload multi gambar dan juga video ke instagram dari PC. Silalah lah bergembira kalau anda dah sampai ke step terakhir ni.

Dah berjaya tu janganlah lupa untuk follow IG aku jugak. Aku perlukan follower seramai 2000 untuk dijadikan gundik sebelum umurku mencecah 50 tahun.

See also
Cara post Instagram dari PC

Sekian saja untuk hari ni. Kalau berguna sharelah kepada kawan kawan yang memerlukan. Sampai jumpa lagi, terima kasih.

 

Terlepas beberapa topik menarik? Aktifkan notifikasi sekarang. Benarkan Tidak berminat