Gunakan Iphone sebagai webcam di PC. Dalam post sebelum ni aku ada share macamana nak jadikan telefon android anda sebagai webcam di PC. So harini turn untuk iphone. System atau peranti yang aku gunakan untuk contoh kali ini adalah Iphone 6s dan windows 10. So ikuti langkah seperti di bawah:

  1. Buka browser anda dah pergi ke https://ndi.tv/tools dan download program bernama NDI tool. Dah download then install di PC anda based on system, if windows pilih windows and so on.
  2. Ok sekarang di iphone pergi ke Appstore dan download NDI HX Camera. Program percuma. Download dan install di iphone anda
  3. Buka program NDI HX Camera di iphone anda. Klik NDI dan akan bertukar menjadi biru (aktif). Putih bermakna tidak aktif
  4. Di Pc cari program bernama NDI virtual input. Open the program. Kemudian pergi ke bahagian status bar sebelah kanan (wifi signal,volume,etc) akan ada ikon NDI virtual input. Klik kanan di icon tersebut. Akan ada device iphone anda. Pilih peranti iphone anda
  5. Buka applikasi webcam anda (skype, hangout, zoom, etc) dan dalam setting video source pilih Newtek NDI Video
  6. Jika anda ingin menggunakan microphone dari iphone anda, di bahagian microphone pilih Newtek NDI Audio

Ok dah boleh gunakan iphone anda sebagai webcam. Lebih baik sekiranya anda mempunyai stand/tripod untuk iphone anda supaya lebih statik dan stabil.

Macam biasa if ada cadangan atau pertanyaan sila tinggalkan di bahagian komen. Sampai jumpa lagi, Salam Ramadan 1440 untuk seluruh Muslim dan Muslimat. Aku taktau kenapa post aku kali ni agak skema.

See also
Cara tether tanpa habiskan kuota data
Terlepas beberapa topik menarik? Aktifkan notifikasi sekarang. Benarkan Tidak berminat