Gunakan telefon android sebagai webcam di PC. Dalam tempoh PKP yang kerajaan laksanakan, setengah orang seperti aku tetap bekerja seperti biasa. Cumanya aku bekerja dari rumah. Bila nak berkomunikasi dalam kumpulan, antara medium yang digunakan adalah panggilan video ataupun video conference (zoom, google hangout, skype etc). Masalahnya anda tidak mempunyai webcam ataupun seperti aku mempunyai crappy laptop with crappy webcam. Tetapi tahukah anda, telefon android anda boleh digunakan sebagai webcam. Gambar cantik pulak tu. So jom jadikan telefon android sebagai webcam dengan mengikuti langkah di bawah.

Sebelum tu, panduan ini untuk pemilik android sahaja bukan untuk iphone.

Ok follow this step

  1. Pergi ke playstore dan cari aplikasi Droidcam. Percuma ja. Install di telefon anda.
  2. Pergi ke laman Dev47Apps untuk install client untuk pc iaitu window dan Linux. Untuk versi windows klik sini dan untuk Linux klik sini. Download dan install di pc anda.
  3. Buka Droidcam di telefon anda. Akan tertera Wifi IP dan Droidcam port. Maklumat ini akan kita masukkan kedalam pc client Droidcam nanti.
  4. Buka pc client Droidcam di pc anda, Masukkan maklumat Wifi IP dan Droidcam port seperti yang tertera di telefon anda
  5. Klik start dan anda dah boleh gunakan telefon anda sebagai webcam.
  6. Masuk ke applikasi web video anda dan configure di bahagian setting. Jadikan Droidcam sebagai sumber video anda. Contoh disini aku tunjukkan untuk aplikasi Zoom.

So itu adalah cara untuk jadikan telefon android anda sebagai webcam. Macam biasa, kalau ada pertanyaan boleh ajukan di bahagian komen. Sebelum terlambat, nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. Salam Ramadan 1441 Malaysian!

See also
Gunakan Iphone sebagai webcam di PC
Terlepas beberapa topik menarik? Aktifkan notifikasi sekarang. Benarkan Tidak berminat