Share
Jangan beli telefon Huawei

Jangan beli Telefon Huawei

  • March 5, 2019

Jangan beli huawei phone

JANGAN BELI TELEFON HUAWEI

Minggu lepas aku ke China selama seminggu berkaitan urusan kerja. Biasanya aku akan membawa 2 biji handphone kalau ke luar negara. Kenapa 2? Satu sebagai handphone utama dan handphone kedua biasanya dijadikan sebagai hotspot. Persediaan yang tidak lengkap dan beberapa masalah kecil untuk kunjungan aku ke negara China telah menyebabkan aku akhirnya cuma membawa handphone utama ke China.

Sampai sahaja di Baiyun, aku terus memaklumkan kepada sahabat China bahawa aku nak kena cari phone kedua dan sim kad.  Jadi kami pun bertolak ke kedai handphone yang reliable. Nak beli phone kat China ni pun kena hati hati takut terkena yang copy. Sampai di kedai, aku register for a new sim Unicom for data only. Nak guna sebagai hotspot sahaja jadi ni option terbaik.  Then pemilihan handphone. Aku nak cari telefon yang murah sahaja. The seller recommend to me this Huawei Honor 7A (AUM-AL20) phone. Harga around RMB1200 macam tu lebih kurang RM730. So aku yang tak berfikir panjang pun terus la beli telefon tu. Ok la Snapdragon for easy rooting.

Dah ada phone hotspot, jadi semuanya berjalan lancar. Nak berkomunikasi lebih senang kalau ada internet ni. So selama seminggu di China, selesaikan urusan kerja dan akhirnya aku selamat pulang ke Malaysia. Nanti aku buat post lain untuk ceritakan pengalaman aku di China.

Haaa kat sini yang aku nak start kempen jangan beli telefon Huawei.

Kebiasaannya, telefon kepunyaan aku ni aku akan root. Boleh la nak mod sikit kan? Kadang kadang aku bosan aku flash custom rom.

So telefon Honor 7A ni pun aku dah plan nak root sekembalinya aku ke tanah air.  As usual, checklistnya adalah

  1. Unlock bootloader
  2. Flash recovery ke TWRP
  3. Flash zip Magisk
See also
Berhenti merokok

So first aku kena unlock bootloader.

Haa ni yang macam biawak sikit Huawei ni. Sebenarnya Huawei ni tak benarkan pengguna end user macam aku ni dan hampa semua untuk unlock bootloader telefon mereka. Aku beli kot telefon depa, awat depa tak bagi aku unlock telefon aku sendiri? Dulu depa ada tawarkan servis untuk dapatkan code untuk unlock bootloader tapi dah dihentikan pada 24 May 2018. Maknanya, memang tak boleh nak unlock dah lepas tarikh ni. Kalau aku tetapkan juga nak unlock, ada beberapa servis tetapi berbayar dan ada kemungkinan bukan semua telefon Huawei yang disokong. Ada di Funkyhuawei tapi Honor 7A tak disokong pulak. Kalau disokong pun aku kena bayar untuk dapatkan unlock code.

 

Tak pernah dalam sejarah aku, kena keluar duit untuk dapatkan code unlock. Oneplus, free. Xiaomi pun free walaupun kena tunggu 72 Jam. Ni kejadah Huawei pi lock dan tak benarkan aku unlock bootloader phone? Nak unlock kena pi third party dan kena keluar duit. Biawak mengkarung betui.

Atas rasa kekesalan beginilah, aku berkempen untuk tidak lagi menggunakan telefon Huawei. Kalau anda rasa anda nak gunakan telefon anda as it is, then tak ada masalah nak guna telefon Huawei. But for me, yang nak root, nak flash custom rom, Huawei memang kena ban dalam senarai telefon yang akan aku beli untuk masa akan datang.

Hang letak la function dual screen ka, camera 9 bijik, ram 16gb, cip snapdragon, 5g fast connectivity ka..tapi kalau hang tak bagi aku unlock bootloader hang, sampai kiamat la aku tak beli.

Ini bukan hate speech. Ini kesedaran kerana menyekat kebebasan pemilikan telefon aku sendiri. Tolonglah jangan beli telefon Huawei

Terlepas beberapa topik menarik? Aktifkan notifikasi sekarang. Benarkan Tidak berminat