Share
Macamana nak dapat free item tanpa perlu berkongsi maklumat peribadi anda?

Macamana nak dapat ebook percuma tanpa perlu berkongsi maklumat peribadi anda?

  • March 20, 2019

Macamana nak dapat ebook percuma tanpa perlu berkongsi maklumat peribadi anda?

Malaysia. Tanah tumpahnya darahku dan banyak juga yang mengaku sifu. Sifu itu la sifu ini la, pakar itu la pakar ini la. Even yang not officially receive any PHD turut sama mengaku sebagai doktor. Crap fake doctor..

Dalam era digital ni, ramai orang menjalankan perniagaan secara atas talian. Salah satu platform yang digunakan sebagai medium pemasaran adalah Facebook. Bila bercakap tentang pemasaran melalui Facebook ni, tujuan utama adalah untuk mengumpul lead dan dijadikan sebagai database. Database ini kemudian disaring sebagai potential prospek untuk memasarkan produk atau perkhidmatan sesuatu perniagaan tersebut.

Ok anda faham?

Salah satu cara untuk menarik lead secara mudah adalah dengan menawarkan sesuatu secara percuma tetapi dengan syarat, anda perlu mengisi dahulu detail peribadi anda dan kemudian barulah anda akan mendapat tawaran percuma tersebut. Ebook percumalah selalunya.

Pernah nampak iklan sebegini di Facebook?

Macamana nak dapat ebook percuma tanpa perlu berkongsi maklumat peribadi anda?

Macamana nak dapat ebook percuma tanpa perlu berkongsi maklumat peribadi anda?

Macamana nak dapat ebook percuma tanpa perlu berkongsi maklumat peribadi anda?

 

Kalau anda klik nak download, anda akan dibawa ke landing page dan meminta mengisi maklumat peribadi anda dahulu. Dan kemudian barulah anda akan menerima item digital tersebut.

Macamana nak dapat ebook percuma tanpa perlu berkongsi maklumat peribadi anda?

 

Jadi macamana nak dapatkan ebook ni tanpa aku perlu mendedahkan maklumat seperti email aku?

 

GUNALAH TEMPORARY-EMAIL

Caranya adalah dengan search di google servis temp email yang bersepah di alam maya. Contoh yang aku selalu gunakan adalah https://temp-mail.org/en/

Macamana nak dapat ebook percuma tanpa perlu berkongsi maklumat peribadi anda?

Gunakalah nama palsu, email gunakan alamat email dari temp email, phone number pun anda masuk kanlah nombor telefon mengarut. Selalunya item digital ni akan dikirim link downloadnya di email jadi check lah inbox temp email tersebut setelah anda menyerahkan maklumat palsu anda.

See also
Pemasaran Produk: Panduan Terperinci untuk Kejayaan Bisnes Anda

Profit

Terlepas beberapa topik menarik? Aktifkan notifikasi sekarang. Benarkan Tidak berminat