Description
Upah buat blog atau perkhidmatan buat blog. Blog adalah umpama sesuatu tempat untuk kita berkongsi sesuatu dengan pembaca kita.
Untuk membina blog adalah suatu yang mudah bagi yang sudah mengetahui caranya tetapi yang tidak mengetahuinya lagi, ianya dianggap begitu sukar kerana memerlukan pemasangan yang perlu diikuti secara langkah demi langkah.
Sebenarnya kita boleh membina blog secara percuma dengan menggunakan blogspot, tetapi Informasi Kini galakkan anda menggunakan blog berbayar kerana blog anda akan kelihatan lebih profesional dan pembaca akan lebih yakin dengan apa yang anda tulis.
Jika sesuatu yang anda tulis sampai ke pembaca blog anda, maka maklumat tersebut akan bermanfaat kepada pembaca tersebut.
Kenapa perlu blog wordpress berbayar ?
1. Lebih Profesional.
Kebanyakan theme blog berbayar kelihatan lebih profesional dan ini akan meningkatkan jumlah pengunjung ke blog anda kerana mereka seronok dengan paparan blog anda yang kelihatan lebih kemas dan cantik
2. Mesra search engine seperti google atau yahoo.
Untuk meningkatkan jumlah pengunjung, blog anda semestinya mesra enjin carian rasmi seperti Google dan Yahoo. Jika blog anda mesra enjin carian, maka kebarangkalian tulisan anda / post anda di blog akan kelihatan di enjin carian rasmi semakin tinggi. Seterusnya meningkatkan lagi pengunjung ke blog anda.
3. Mudah Di Uruskan Dan Mesra Penguna.
Dengan adanya plugin dan widget untuk wordpress memudahkan kerja anda untuk menguruskan blog anda. ini akan menjimatkan masa dan tenaga anda.
4. Tidak Risau Blog Anda Hilang Atau Di Padam.
Tahukah anda jika anda menggunakan blog percuma / blogspot, blog anda bila-bila masa sahaja boleh dipadam dan anda akan kehilangan segalanya. Tetapi jika blog wordpress, selagi anda membayar domain + hosting selagi itulah blog anda akan wujud ( jika domain dan hosting provider yang anda langgan masih wujud).
Dilengkapi pula dengan tool backup, anda mudah untuk backup segala kandungan blog anda. Jadi jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini atau luar kawalan anda, anda hanya perlu upload semula file backup tersebut dan blog anda akan kembali kepada asal.
5. Mudah untuk bertukar wajah.
wordpress dilengkapi juga tool untuk kita menukar theme wordpress tidak kiralah berbayar atau percuma. Jadi anda bolehlah menukar wajah blog anda bila anda rasa perlu dan kandungan blog tidak akan hilang begitu sahaja.
Reviews
There are no reviews yet.