Cara ether tanpa habiskan kuota data? Apa itu tether? Tether adalah menyambungkan peranti pintar anda ke laptop atau komputer melalui kabel usb. Penyambungan boleh datang dalam media yang berbeza samada melalui wifi, bluetooth atau USB. Kebiasaannya fungsi tether adalah untuk berkongsi internet dari telefon pintar ke laptop dan jika anda berkongsi internet menggunakan wifi dari telefon pintar ke laptop/peranti pintar lain maka ia dipanggil  hotspot mudah alih.

Ok cukup untuk pendahuluan. Kenapa aku bercerita tentang tether kali ini? Aku rasa ramai orang yang dalam situasi seperti aku. Mempunyai pelan internet tanpa had di peranti pintar tetapi mempunyai kekangan had kuota untuk hotspot. Jadi macamana untuk tether tanpa menghabiskan data kuota anda?

So disini aku tunjukkan caranya. Khas untuk android sahaja ok.

  • Benda yang perlu diinstall di telefon

Pdanet+ dapatkan dari playstore. Ini trial version, untuk full version boleh beli di playstore.

  • Benda yang perlu di install di laptop/komputer

Pdanet+ for windows

Install kedua dua benda ni.

  1. Open pdanet+ di telefon dan tick kan USB tether. Enalbe usb debugging di setting development.Cara tether tanpa habiskan kuota dataCara tether tanpa habiskan kuota data
  2. Sambungkan telefon pintar anda ke laptop melalui kabel USB
  3. Open pdanet+ di laptop dan jika semuanya betul akan ada notification yang peranti anda telah bersambung.Cara tether tanpa habiskan kuota data
  4. Sekarang anda berinternet di laptop dengan menggunakan data dari telefon pintar. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai pelan internet tanpa had kuota.

Aku dah cuba cara ni masa di kampung baru baru ni. Oh aku menggunakan telco Unifi( dahulu dikenali sebagai webe ). Setakat ni kuota hotspot aku tak terusik sebab aku tether data dengan guna cara Pdanet+ ni.

Click here to preview your posts with PRO themes ››

Ni sample dari Umobile

Ada yang berjaya? Please share your results

Terlepas beberapa topik menarik? Aktifkan notifikasi sekarang. Benarkan Tidak berminat